Afiq memandang sekeliling rumahnya yang sepi tanpa sebarang bunyi.Dia melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil melonggarkan tali leher yang dipakainya sejak pagi tadi."Lisa.Abang dah balik ni.I have something for you,"
Lisa keluar dari biliknya lalu berjalan malas menuju ke arah Afiq.Dia duduk di sebelah Afiq."Kenapa ni?,"Afiq bertanya apabila melihat muka adiknya yang muram."Tadi ada orang berebut komik dengan Lisa,"Afiq tertawa kecil."Alahai tu je sebabnya.Komik Death Note yang terbaru ke?Tu abang da beli dah untuk Lisa,"kata Afiq sambil tangannya menunding ke arah sebuah komik yang berada di atas meja.
"Really?Thanks!"Lisa tersenyum lebar sambil tangannya bergegas mengambil komik itu."Lepas ni Lisa tak boleh nak manja dengan abang macam ni dah nanti Kak Diana marah tau,"usik Afiq sambil mencuit hidung Lisa.Lisa adalah satu-satunya ahli keluarganya yang tinggal selepas ibubapanya terlibat dalam kemalangan jalan raya semasa dia berumur 5 tahun.Pada ketika itu nenek mereka yang menjaga mereka sehinggalah Afiq berumur 18 tahun.Afiq memikul tanggungjawab menjaga Lisa dan mereke berpindah ke rumah keluarga mereka dahulu.
"Sayang,tadi nenda telefon suruh makan malam rumah dia malam ni,"."Ok,"balas Lisa ringkas sambil matanya masih membaca komik itu.Lisa meletakkan komik yang dibacanya tiba-tiba."Abang,esok tolong hantar Lisa ke Pejabat One Square boleh?Lisa nak hantar jalan cerita yang Lisa tulis,"Lisa memandang abangnya.
"Eh biasanya editor datang ambil sendiri kan?"
"Dia cuti bersalin,"
"Ok.Abang nak mandi dulu.Get ready for dinner ok,".Lisa memerhatikan abangnya sehingga kelibatnya menghilang di sebalik pintu biliknya.Dia termenung seketika memikirkan tentang kunjungannya ke pejabat One Square esok.Pada mulanya dia hanya menghantar jalan cerita seperti yang diiklankan di dalam sebuah majalah terbitan syarikat itu.Lisa sama sekali tidak menyangka bahawa ceritanya terpilih untuk dijadikan komik.Sehingga kini dia masih tidak mengenali siapa pelukis ceritanya.
"Mana tahu kalau boleh jumpa esok,"Lisa tersenyum.
Saturday, November 21, 2009
BAB 2
Posted by fatin arina at 1:07 PM
Labels: Panah Sang Arjuna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment