BAB 1
Lisa meneliti tajuk pelbagai jenis komik yang tersusun rapi di atas rak itu.Namun komik yang dicarinya masih tidak diketemui.Pandangannya melilau di sekeliling kedai buku itu dan akhirnya terjatuh kepada objek yang dicarinya.Komik itu terletak pada rak yang paling atas di sudut hadapan kedai itu dan hanya satu jilid itu sahaja yang masih tertinggal.Lisa tersenyum girang sambil melangkah ke tempat yang dituju.Tiba-tiba seorang lelaki terlebih dahulu datang mengambil komik itu lalu menuju ke kaunter pembayaran.
Lisa menarik lengan lelaki itu dari belakang.
"wait.Saya dulu yang nampak komik tu.Komik tu saya punya,".Lelaki itu menarik tangannya dari pegangan Lisa lalu berkata,"Cik,siapa yang dapat dulu dia la yang punya,".Lelaki itu berjalan ke kaunter pembayaran.Lisa mengeluh.Sudah lima buah kedai dia mencari komik tersebut tetapi sudah habis.Komik itu tadi sudah pasti menjadi miliknya jika lelaki itu tidak mengmbilnya.
Lisa mengatur langkahnya untuk keluar dari kedai itu tetapi langkahnya terhenti apabila ternampak sebuah peti aiskrim.Dia membeli aiskrim berperisa coklat lalu berjalan keluar sambil mencari sesuatu.Matanya akhirnya menangkap apa yang dicarinya.Lelaki itu sedang berjalan menuju ke sebuah kereta.Lisa tergesa-gesa mengahmpiri lelaki itu lalu melanggarnya.Aiskrim yang dipegangnya terjatuh lalu terkena baju lelaki itu yang bewarna putih.
"Opps,I'm sorry!"Lisa berpura-pura terkejut.lelaki itu memandang bajunya lalu melihat ke arah Lisa.
"Never mind.Saya maafkan asalkan ini bukan bertujuan untuk balas dendam pada saya,"
"Balas dendam?Kenapa awak fikir saya akan buat macam tu?Saya ni bukan budak kecil,"
"Memang awak bukan budak kecil tapi perangai awak macam budak kecil,"
"How come you!!Jangan samapi saya jumpa awak lagi!"Lisa berlalu dengan muka merah padam menahan marah.
Saturday, November 21, 2009
Panah Sang Arjuna
Posted by fatin arina at 11:22 AM
Labels: Panah Sang Arjuna
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment